Header Ads

Seo Services

Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara

Cara Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara

aktifkan debit kad maybank
9 Shares
Baru-baru ini saya ingin menggunakan debit kad Maybank (VISA) untuk membuat transaksi online. Malangnya transaksi tersebut tidak berjaya. Saya menerima mesej daripada Maybank seperti berikut:
You Debit Card is not activated for overseas trxns. Pls activate overseas trxns via M2U/ATM or call 1-300-88-6688/603-78443696.
Okay, nampaknya walaupun debit kad maybank kita mempunyai lambang VISA ia perlu di aktifkan untuk kegunaan antarabangsa.
Setelah membuat kajian dan juga panggilan kepada pihak Maybank, disini ingin saya kongsikan langkah-langkah untuk aktifkan debit kad maybank untuk transaksi online.
Selain itu, ia juga membolehkan kad maybank anda boleh digunakan di luar negara untuk tujuan seperti pengeluaran duit daripada mana-mana mesin atm atau transaksi jual beli.
Sebagai tambahan, dalam post ini juga saya sertakan sekali cara untuk menaikkan had penggunaan harian kad atm maybank anda. Penting jika anda sedang melancong di luar negara.

Prosedur Pengaktifan Debit Kad Maybank

Untuk mengaktifkan debit kad maybank anda, terdapat 2 perkara yang dilakukan (MESTI) iaitu:
  1. Pengaktifan dari pihak Maybank
  2. Pengaktifan dari pihak pemilik kad melalui maybank2u
Kedua-dua perkara ini mesti dilakukan untuk membolehkan transaksi online luar negara seperti menjual barang di ebay ataupun membeli barang dari luar negara secara online.

Pengaktifan debit card dari pihak Maybank

Berikut merupakan cara pengaktifan debit kad daripada pihak maybank.

Langkah 1: Dail talian 1-300-88-66-88

  • Ini merupakan servis talian sokongan Maybank yang berfungsi 24-jam.

Langkah 2: Sambungkan terus pada operator

  • Terus tekan 0 untuk disambungkan pada operator

Langkah 3: Beritahu operator anda ingin aktifkan kad untuk transaksi online luar negara

  • Operator mungkin akan bertanya apa laman atau servis luar negara yang ingin anda gunakan. Beritahu saja secara jujur untuk elakkan sebarang masalah.

Langkah 4: Pengesahan identiti anda

    • Operator akan bertanya beberapa soalan seperti berikut untuk pengesahan identiti anda. Pastikan anda sudah sedia dengan jawapannya.
      1. Nombor debit card anda
      2. Nama anda seperti dalam IC
      3. Nombor IC anda
      4. Nombor akaun maybank
      5. No telefon yang didaftarkan dengan maybank

Langkah 5: Terima terma & syarat

  • Sebelum operator maybank mengaktifkan kad anda, dia akan membaca terma dan syarat pengaktifan untuk persetujuan anda.

Langkah 6: Debit kad maybank diaktifkan

  • Pengaktifan dari pihak maybank berjaya.
Seterusnya pengaktifan daripada bahagian anda menggunakan maybank2u.

Cara aktifkan debit kad maybank menggunakan maybank2u

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan kad maybank anda adalah dengan menggunakan laman web atau akaun Maybank2u.
Belum ada akaun maybank2u? Ikuti tutorial ini: Tutorial Cara Buat Maybank2u Secara Online 2017
Tutorial ini dibuat menggunakan komputer/pc/desktop. Oleh itu, gunakan pc untuk mengelakkan kesilapan.

Langkah 1: Log masuk ke dalam akaun maybank2u anda

log masuk maybank2u

Langkah 2: Klik pada pautan “Card Management”

Pautan Card Management terletak pada bahagian paling bawah pada laman utama selepas anda log masuk ke dalam akaun maybank2u anda.
pautan card management pada maybank2u

Langkah 3: Klik pada pautan “Overseas ATM facility”

pautan overseas atm facility

Langkah 4: Pilih “Activation” untuk aktifkan kad

Pilih Activation dan tekan Continue untuk meneruskan.
pilihan aktifkan debit kad maybank

Langkah 5: Tetapkan tempoh jangka masa untuk kad aktif

Pilih masa untuk kad anda mula aktif (today…sekian hb..)
tetapkan had masa kad maybank aktif untuk transaksi luar negara
Tetapkan tarikh akhir untuk kad anda tamat aktif. Maksudnya anda mungkin mahu kad anda aktif untuk transaksi luar negara dalam sebulan sahaja, jadi tetapkan tarikh sebulan selepas sekarang.
Sebagai panduan, maybank menetapkan 1 tahun untuk had masa maksimum kad atm anda aktif bagi fungsi transaksi online / luar negara ini.
Selepas habis tempoh berikut, anda kena mengaktifkan semula fungsi tersebut jika anda masih mahu untuk menggunakan kad debit anda untuk tujuan urusan jual beli luar negara autaupun transaksi online yang melibatkan luar negara.

Langkah 6: Pengesahan TAC

Klik pada request for TAC. Anda akan menerima nombor TAC melalui mesej yang dikirimkan ke handphone anda.
Masukkan no TAC tersebut dan tekan Confirm.
pengesahan tac maybank

Langkah 7: Tahniah! Kad anda sudah aktif

pengaktifan kad maybank untuk transaksi luar negara berjaya

Tambahan: Tambahkan limit kad debit anda

Untuk kesenangan anda, pastikan had limit penggunaan atau pengeluaran harian anda menggunakan debit kad sudah ditambah.
Perkara ini amat penting terutama sekali jika anda sedang melancong diluar negara.
Secara asalnya, jika anda tidak pernah menentukan had pengeluaran sebelum ini, had pengeluaran atau penggunaan adalah RM1,000 sehari.

Langkah 8: Klik pada pautan “Debit Card Purchase Limit”

Pautan ini terletak pada sebelah kanan anda.
pautan increase card limit

Langkah 9: Pilih had limit untuk kad debit anda

Terdapat 6 pilihan iaitu: RM0, RM1000, RM2000, RM3000, RM4000 dan RM5000.
Tentukan had limit anda dan tekan continue untuk meneruskan.
pilihan limit untuk had penggunaan kad atm maybank

Langkah 10: Pengesahan TAC untuk kad limit

Lakukan pengesahan dengan nombor TAC.

Langkah 11: Syabas! Penambahan limit anda berjaya.

pertukaran had limit penggunaan kad atm berjaya
Pengaktifan kad atm untuk transaksi luar negara atau untuk transaksi online ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan anda mempunyai komputer dan sambungan internet.

Isu-isu berkaitan

Berikut merupakan beberapa contoh situasi yang mungkin anda akan hadapi:
1. Anda telah berada di luar negara dan baru sahaja menyedari bahawa kad debit anda tidak dapat digunakan kerana belum diaktifkan. No telefon yang anda daftarkan dengan Maybank2u tidak dapat digunakan dalam negara tersebut. Apa yang anda boleh lakukan
Penyelesaian: Untuk kes seperti ini anda boleh membuat panggilan ke Customer Service Maybank +603-7844 3696. Nombor yang sama juga boleh didapati tertera pada belakang kad debit anda. Pihak Maybank boleh menolong anda untuk terus mengaktifkan kad debit anda tanpa perlu melalui prosedur yang dinyatakan diatas.
Anda boleh juga menggunakan pelayar internet pada handphone anda tapi mungkin caranya berbeza sedikit.
Tips: Jika anda menggunakan handphone, gunakan pelayar internet seperti Google Chrome dan tukarkan view  kepada desktop view. Caranya pergi ke Setting > Request desktop site.
Kongsikan jika post ini bermanfaat kepada anda.

sumber: https://www.ithmm.com/aktifkan-debit-kad-maybank/

No comments:

Powered by Blogger.