Antivirus Terbaik untuk Pengguna Windows 7/8/10 yang Mementingkan Perlindungan, Prestasi dan Kebolehgunaan
Antivirus Terbaik untuk Pengguna Windows 7/8/10 yang Mementingkan Perlindungan, Prestasi dan Kebolehgunaan
Tidak ada gunanya jika laptop yang anda beli dengan harga yang mahal tetapi senang diserang malware.Tidak ada gunanya jika laptop yang sering anda gunakan mudah diserang penggodam yang ingin mencuri data peribadi anda.
Dan tidak ada gunanya juga, jika laptop yang anda gunakan untuk menyimpan dokumen, foto, muzik dan video kerap menjadi sasaran ransomware.
Persoalannya?
“Kenapa kita perlu install aplikasi anti virus pada laptop kita?”
“Apa agaknya antivirus terbaik untuk tahun 2018?”
“Apa perbezaan di antara antivirus yang percuma dan berbayar?”
Saya yakin semua soalan di atas pernah terlintas di fikiran anda.
Malangnya, masih ramai yang tidak menyedari kepentingan antivirus.
Ada berkata, antivirus merupakan penyebab laptop menjadi lembab. Punca program menjadi “hang” atau “blue screen”.
Lebih teruk lagi, menyarankan agar tidak menggunakan antivirus langsung.
Saya tidak mengerti mengapa sesetengah orang memberi nasihat begitu.
Tanpa antivirus, anda baru sahaja membuka pintu kepada virus, spyware dan ransomware untuk menyusup masuk ke dalam laptop anda.
Sila periksa laptop anda sekiranya ada tanda-tanda yang berikut:
- prestasi laptop anda tiba-tiba menjadi lembab
- sesetengah aplikasi atau program akan “hang” atau “freeze” ketika dibuka
- berlaku skrin biru atau “blue screen” tanpa sebab yang pasti
- terlalu banyak iklan yang muncul (pop-up advertisement) ketika melayari Internet
- tidak dapat memasang (install) antivirus atau ada ralat (error) yang muncul ketika cuba memasang antivirus
Ya, mungkin anda betul sekiranya anda di dalam kategori di bawah:
- tidak berkongsi fail dan pautan (link) dengan rakan sekerja anda
- tidak melakukan talian perbankan
- tidak menggunakan Internet untuk hiburan, membeli-belah atau permainan dalam talian
- tidak menggunakan Wi-Fi di tempat awam seperti di kedai kopi, restoran, perpustakaan dan lain-lain
- percaya kerajaan tidak akan mengintip anda
- boleh mengecam pautan (link) palsu
- tidak berkongsi komputer dengan sesiapa
- tidak berkongsi sambungan Wi-Fi bahkan dengan ahli keluarga sendiri
- bekerja di sebuah syarikat keselamatan komputer
- tidak pernah mengklik pautan yang dihantar oleh rakan atau keluarga anda
- kebal kepada taktik kejuruteraan sosial dan tidak berkongsi maklumat seperti tarikh lahir, alamat dll
- tidak mengklik iklan yang anda nampak
- hanya menggunakan pembekal e-mel seperti Yahoo, Outlook dan Gmail
- menjalankan storan sandaran (backup) ke peranti luaran
- tidak percaya pada ransomware
- tidak menggunakan Facebook atau media sosial yang lain
- hanya melawat laman web yang dipercayai dan terkenal
- menukar kata laluan setiap bulan dan tidak berkongsi dengan sesiapa
- tidak menggunakan enjin carian sebaliknya terus menaip di URL sasaran secara manual
- tidak memuat turun perisian percuma (freeware)
- tidak mempunyai wang yang boleh dicuri daripada anda
- mempunyai juruteknik komputer yang sentiasa berada di samping anda
- mahu mencipta rekod di Guiness Book of World Records sebagai pengguna yang tiada antivirus
Janganlah begitu.
Ini realitinya…
Tidak kiralah anda seorang pakar IT atau pengguna biasa, anda memerlukan sebuah antivirus untuk perlindungan laptop anda.
Ingat.
Tiada sistem operasi yang kebal pada hari ini. Syarikat-syarikat gergasi pun menggunakan antivirus untuk melindungi data penting mereka.
Anda bagaimana pula?
Sebelum itu, mungkin statistik di bawah ini boleh membuka sedikit minda anda kenapa anda memerlukan antivirus yang baik.
Memilih antivirus yang bagus bukannya kerja yang mudah.
Sebab apa?
Kerana setiap bulan pengeluar antivirus sentiasa memperbaiki kualiti antivirus mereka.
Tetapi…
Ada satu cara yang boleh kita jadikan sebagai tips atau panduan untuk memilih antivirus terbaik untuk laptop kita.
Ia sangat berguna dan menjimatkan masa kerana proses pemilihan antivirus ini telah dilakukan oleh sebuah organisasi bebas.
Salah satunya adalah AV-TEST dimana ia menilai antivirus dan perisian keselamatan untuk sistem operasi Microsoft Windows dan Android mengikut pelbagai kriteria.
Setiap bulan para penyelidik AV-TEST akan memaparkan senarai produk atau anti virus yang terbaik setelah melalui proses pengujian yang ketat.
Pengujian-pengujian antivirus ini termasuklah dari segi:
- perlindungan (protection)
- prestasi (performance)
- kebolehgunaan (usability)
Kategori yang paling penting pada setiap antivirus adalah ia mesti mampu menguji ancaman semasa dalam talian.
Ini melibatkan mengakses laman web berniat jahat (malicious websites) atau e-mel untuk menguji sama ada antivirus ini mampu menangkis serangan atau tidak.
Antivirus yang bagus juga mestilah tidak mengganggu prestasi laptop yang sedang digunakan. Ini melibatkan pengujian daripada segi:
- membuka laman web popular
- muat turun aplikasi yang sering digunakan
- membuka aplikasi perisian yang biasa
- pemasangan (install) aplikasi yang sering kita digunakan
- menyalin fail
Tanpa berlengah lagi mari kita lihat senarai antivirus yang benar-benar berkualiti mengikut sistem operasi yang anda gunakan.
Antivirus terbaik untuk Windows 7
Setakat bulan Februari 2018 sahaja terdapat tujuh antivirus terbaik untuk laptop telah disenarai pendek seperti:- AhnLab V3 Internet Security
- Comodo Internet Security Premium
- Kaspersky Lab Internet Security
- McAfee Internet Security
- Microsoft Security Essentials
- Norton Security
- Trend Micro Internet Security
Antivirus terbaik untuk Windows 8/8.1
Setakat artikel ini ditulis pengujian terakhir yang dilakukan adalah pada bulan Disember 2016. Terdapat tiga antivirus terbaik yang telah disenarai pendek iaitu:- Bitdefender Internet Security
- Kaspersky Lab Internet Security
- Trend Micro Internet Security
Antivirus terbaik untuk Windows 10
Pengujian terakhir yang dilakukan oleh penyelidik AV-TEST adalah pada bulan April 2018. Terdapat lima antivirus terbaik telah disenarai pendek seperti:- AhnLab V3 Internet Security
- Avira Antivirus Pro
- Kaspersky Lab Internet Security
- McAfee Internet Security
- Trend Micro Internet Security
Sedikit terkejut kerana antivirus ESET tidak tersenarai sebagai antivirus pilihan oleh para penyelidik AV-TEST.
Jika dilihat semula, puncanya disebabkan oleh prestasi (performance) yang tidak begitu memberangsangkan.
Sedangkan…
…antivirus ini saya boleh katakan agak ringan jika digunakan.
Ya, saya pernah menggunakan ESET tetapi tidak begitu lama.
Saya gemar mencuba pelbagai antivirus untuk merasa sendiri bagaimana sesebuah antivirus tersebut bekerja.
Ok, kita lupakan seketika tentang antivirus ESET ini. Mari kita lihat pula apa kelebihan antivirus yang saya senaraikan di atas tadi.
Bitdefender Internet Security
Bitdefender Internet Security memang terkenal dengan mod Autopilotnya. Ia menghalang semua pop-up dan peringatan secara senyap.Jika anda kerap memuat turun dan mengubah tetapan rangkaian, anda mungkin lebih suka pendekatan yang lebih interaktif.
Tapi bagi mereka yang kurang cenderung secara teknikal, atau tidak suka diganggu, ini adalah daya tarikan yang besar.
Perlindungan ransomware juga lebih cepat. Jika dokumen anda mula disulitkan (encrypt), Bitdefender akan menyekat operasi tersebut dengan serta-merta.
Konsol pengurusan jarak jauh berasaskan web juga turut direka semula. Ia membolehkan anda menghidupkan dan mematikan fungsi Autopilot dari jauh.
Amat berguna jika anda menyediakan sokongan teknologi untuk rakan sekerja atau ahli keluarga anda.
Kaspersky Lab Internet Security
Kekuatan tradisional Kaspersky adalah impak yang rendah ke atas prestasi sistem.Walau bagaimanapun, pada Windows 7, KIS 2017 melambatkan masa memuatkan halaman web (web-page loading) sebanyak 7% dan kesannya kepada aplikasi adalah hanya 5%.
Ini menjadikannya lebih lincah daripada Microsoft Security Essentials (MSE) yang mempunyai kesan sebanyak 12% dan 8% dalam ujian yang sama.
Antara mukanya hampir sama dengan keluaran KIS 2016: beberapa ikon telah dikelilingi dan dihidupkan.
Ciri-ciri utama seperti Safe Money secure browser dan Kaspersky’s parental controls tetap tidak berubah.
Terdapat beberapa fungsi baru turut ditambah. Salah satunya adalah fungsi Software Cleaner. Ia terletak di bawah “More Tools”.
Fungsinya adalah mencari dan mengalih keluar program dan aplikasi yang tidak diingini daripada sistem anda.
Modul Software Updater yang baru turut berguna untuk membolehkan anda mengetahui sama ada anda menggunakan program yang belum dikemas kini.
Norton Security
Perlindungan yang terbaik untuk mana-mana cara yang anda pilih untuk melayari Internet.Antara kelebihannya:
- Melindungi Windows PC, Mac, Android dan iOS anda dengan langganan tunggal.
- Perlindungan identiti anda dan transaksi dalam talian.
- Peringatan mengenai aplikasi berisiko Android sebelum anda memuat turun dengan teknologi yang pernah memenangi anugerah.
- Melindungi lebih baik dan lebih cepat daripada pengeluar antivirus yang lain.
- Jaminan 100% dari saat anda melanggan antivirus ini bersedia untuk membantu menjaga peranti anda bebas virus.
Trend Micro Internet Security
Trend Micro pastinya bukan pengeluar antivirus yang paling popular.Walau bagaimanapun, ia boleh dikatakan berdiri sama tinggi dengan beberapa syarikat terkemuka seperti Kaspersky, Norton dan juga ESET.
Mereka juga memainkan peranan yang aktif di web dan menjalankan penerbitan laporan terperinci dalam bidang keselamatan.
Yang terbaru adalah berkaitan dengan jaringan French Dark.
Pada tahun ini, Trend Micro bersedia untuk memperkenalkan gelombang terbarunya: Trend Micro Internet Security.
Ia memberikan perlindungan dalam talian dan privasi supaya anda boleh menikmati kehidupan digital anda dengan lebih selamat.
Ia juga mempunyai teknologi terkini anti-ransomware. Pakar-pakar industri baru-baru ini memberi nilai Trend Micro Internet Security 100%.
- Ciri-ciri hampir 30 tahun kepimpinan industri dan kepakaran perisian keselamatan.
- Menyediakan teknologi anti-ransomware terkini supaya fail anda tidak dijadikan tebusan.
- Menggunakan perisikan ancaman untuk menghentikan ancaman sebelum ia sampai kepada laptop anda.
- Menyekat lebih daripada 250 juta ancaman sehari.
Avira Antivirus Pro
Menyekat serangan, tidak membebankan sumber sistem anda dan mengesan ancaman dengan tepat adalah faktor yang paling penting dalam perisian antivirus ini.Ujian makmal bebas dari AV-TEST menjalankan 22 produk perlindungan antivirus yang serasi dengan Windows 10 melalui ujian berterusan pada bulan Jun 2017.
Avira bersaing baik dengan perisian antivirus yang terbaik dalam kajian AV-Test dan diletakkan lebih tinggi daripada Windows Defender.
Kesimpulannya…
Seboleh-bolehnya gunakan antivirus berbayar.Tidak ada salahnya jika anda mahu menggunakan antivirus percuma. Ada banyak pilihan antivirus percuma yang boleh anda pilih.
Tetapi ingat…
…antivirus percuma mempunyai fungsi-fungsi yang terhad.
Anda mungkin terpaksa memasang antivirus kelas pertama + perlindungan lapisan kedua untuk melindungi laptop anda.
Nasihat daripada saya, jangan terlalu kedekut untuk membeli antivirus berbayar. Anda tidak akan tahu bila masanya data anda menjadi mangsa ransomware.
Seperti peribahasa, “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan antivirus AhnLab V3 Internet Security dan Comodo Internet Security Premium.
Antivirus daripada Avira, McAfee, Trend Micro, Norton, Kaspersky dan Bitdefender memang pernah saya gunakan sebelum ini.
Semua jenama ini memang selalu saya nampak dijual di kedai-kedai komputer. Jadi itu bukanlah perkara asing bagi kita semua.
Saya banyak mencuba antivirus percuma dan berbayar. Bila sudah lama guna, saya dapat membezakan mana satu antivirus yang memenuhi citarasa saya.
Setakat ini, antivirus yang benar-benar saya suka adalah daripada Kaspersky Internet Security.
Antara mukanya (interaface) memang lawa dan prestasi memang tidak mengecewakan saya.
Saya tidak pasti dengan anda. Itu semua ikut pilihan sendiri juga.
Oh ya, kalau hendak pasang antivirus, jangan gunakan dua antivirus sekaligus pada laptop anda.
Contohnya, anda memasang Bitdefender Internet Security dengan Kaspersky Lab Internet Security.
Tidak boleh.
Kedua-dua antivirus ini adalah antivirus kelas pertama. Boleh menyebabkan laptop anda menjadi lembab atau skrin menjadi biru (Blue Screen of Death).
Hanya pasang satu sahaja antivirus dalam satu-satu masa.
Boleh faham?
Atau masih ada yang tidak faham?
Tinggalkan komen anda di bawah…
Sumber: https://aftechcomputersolutions.com/antivirus-terbaik/
No comments: